SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH

Tuesday, 28 April 2015

LATAR BELAKANG




LATAR BELAKANG



Pendidikan di Malaysia sentiasa dinamik bagi memastikan semua warganegara mendapat pendidikan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi memenuhi aspirasi sistem dan aspirasi murid. Keadaan ini selaras dengan perjuangan UNESCO iaitu Education For All (EFA). Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib dan mengeluarkan surat-surat pekeliling mengenai kemasukan murid ke sekolah. 

Penubuhan Sekolah Bimbingan jalinan Kasih (SBJK)


Usaha penubuhan SBJK telah bermula pada tahun 2011 dan ia adalah satu iniasitif KPM terhadap keperluan meneruskan usaha memberi akses pendidikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di sekitar Kuala Lumpur yang merupakan salah satu daripada kumpulan kanak-kanak terpinggir di negara ini.


 
ASAS PENUBUHAN SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH (SBJK)

Penubuhan SBJK adalah berasakan kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak di mana termaktub didalam  Bahagian I Konvensyen ini yang mengandungi hak-hak yang perlu diberi kepada seseorang kanak-kanak. Hal ini telah diterangkan di Perkara 28 1(a) yang mengatakan:

PERKARA 28 1(a)

  Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah,secara khususnya:
 Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma.

Maka, KPM telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan UNICEF, PPKPSL, MKN, EU dan NGO tempatan dan antarabangsa menyediakan peluang pendidikan ini dan wajar diperluaskan pada kanak-kanak jalanan sekitar Kuala Lumpur.

OBJEKTIF PENUBUHAN Sekolah Bimbingan jalinan Kasih (SBJK)

  • Menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran yang kondusif bagi kanak-kanak jalan dan terpinggir.
  • Mengurangkan kadar keciciran dalam pendidikan di kalangan penduduk Malaysia.
  • Memberi peluang membentuk laluan kerjaya pada kanak-kanak jalanan dan terpinggir.
  • Membina insan yang berilmu, berkemahiran dan boleh berdikari.


No comments:

Post a Comment